Air. Kebanyakkan kita tidak ambil kisah tentang pentingnya minum air kosong yg secukupnya. Pernah kah anda terfikir kenapa air ni sangan penting untuk diri dan badan? Untuk badan manusia, air ni lah faktor utama dalam badan kita. Kita boleh hidup berminggu tanpa makan tetapi badan hanya boleh tahan 5-7 hari tanpa air. Bila air dalam badan kita turun 1%, kita akan rasa sangat dahaga. Di 5%, tenaga otot dan ketahanan mula berkurang dan kita akan rasa panas dan penat. Kalau ia cecah 10%, penglihatan kita akan mula kabur, dan kalau turun lagi air badan kita tentu akan rasa sakit sangat.
Tidak ada bende lain lagi yang penting dari air. Purata peratusan air untuk lelaki adalah 60-65%, dan perempuan antara 50-55%. Kalau air kita kurang dari sepatutnya badan kita akan penuh dengan lemak. Lemak hanya boleh di buang melalui 2 cara. Kencing dan Peluh. Kalau seseorang itu ingat turun berat. Dia perlulah minum air banyak atau berlepuh banyak. Jika buat kedua-duanya sangat bagus. Berat kemungkinan akan turun dengan cepat. Semua ini juga tidak akan berlaku jika pemakanan kita tidak jaga. Dengam pemakanan yang seimbang, senaman dan air yang cukup. Insyaa Allah badan kita akan kekal sihat. Buah-buahan juga terdapat air.
Jika kita sangat sukar minum air kosong banyak-banyak. Makanlah buah selalu.. Tapi jangan terlalu banyak! kerana buah terdapat kalori. lagi bagus kita minum air kosong kerana air kosong mengandungi 0 kalori.
Kebanyak orang sekarang salah anggap tentang minum air. Mereka minum air manis yang sangat banyak. Mereka fikir air manis sama dengan air mineral. LAIN! jangan sama kan air manis dengan air kosong. Air manis boleh buat kita gemuk kalau gula nya tidak dibakar kerana menggandungi kalori, manakala air kosong bebas kalori dan gula. Jadi amalkan air kosong setiap masa.
Tissue | Percent Water |
Darah | 83.0 |
Jantung | 79.2 |
Otot | 75.6 |
Otak | 74.8 |
Kulit | 72.0 |
Tulang | 22.0 |
Setiap hari kita hilang 2-3 suku air melalui kencing, berpeluh dan bernafas. Kebanyakkan proses dalam badan kita memerlukan air, ia sangat penting sekali gantikan air dlm badan kita selalu untuk menggantikan air kita yang hilang.
Kulit kita juga memerlukan air. Jika kita ingin kulit kita lembut, halus, tidak kering, perlulah minum air banyak2. Air jugak boleh menaikan otot kita.
Otot kita memerlukan air untuk membesar dan juga boleh mengurangkan tegangan.
Cara senang untuk minum air dengan banyak:
a) Minum segelas air sebelum dan selepas makan.
b) Jika orang islam. minum air segelas sebelum dan selepas menulaikan solat.
c) Jika terasa lapar selepas makan minum segelas air. Usus kita memerlukan air untuk menghadam makanan yang kita makan.
d) Digalakkan minum air sebelum dan selepas bersenam atau tidur kerana air kita akan keluar banyak dengan aktiviti itu.
e) Jika rasa bosan minum air kosong, letak sedikit lemon ( yang warna kuning bukan limau nipis ) untuk menampah perisa. Lemon sangat bagus untuk turun berat.
f) Jika rasa ingin mengunyah sesuatu, jangan menguyah! itu tandanya nak air. Bukan makan!
No comments:
Post a Comment